Polis pengiring mengaku tumbuk pemandu OKU didenda RM1,000

Polis pengiring orang kenamaan yang dirakamĀ  menumbuk pemandu e-hailing OKU, Ong Ing Keong akhirnya dibawa ke muka pengadilan.

Tertuduh Muhammad Taufik Ismail, 32, mengaku bersalah di hadapan Majistret Farah Nabihah Muhammad selepas pertuduhan dikemukakan terhadapnya.

Dia didenda RM1,000 dan sekiranya gagal membayar denda, tertuduh dikenakan hukuman penjara 20 hari.

“Saya mengaku,” kata tertuduh.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap pemandu berusia 47 tahun itu di hadapan lobi sebuah hotel, 28 Mei lalu.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Terdahulu hasil siasatan mendapati tertuduh berada di tempat kejadian kerana bertugas sebagai pengawal pengiring kepada orang kenamaan dan laporan perubatan mengesahkan bahawa terdapat bengkak di bahagian muka sebelah kanan pengadu.

BACA JUGA Original ā€˜footageā€™ lelaki OKU ditumbuk polis pengiring jadi perhatian

Ā