Isu NAFAS: Menjawab fitnah poster dari pembangkang.
OLEH SYAM GHAZ
Naratif yang dimainkan oleh pembangkang, lima orang Ahli Jemaah Pengarah ini yang terlibat dalam skandal baja NAFAS RM1.8 billion yang ditahan SPRM berberapa hari lepas.
Padahal kami yang lapor kepada SPRM dan kuburkan kartel Baja di NAFAS sebelum ia hidup balik zaman PN.
Gambar tahun 2019/2020 diwaktu saya salah seorang yang dilantik sebagai Ahli Jemaah Pengarah NAFAS pada waktu itu oleh arwah Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian waktu itu.
Lima yang ditahan SPRM itu babitkan kes pembelian baja 15,000 tan bernilai RM60 juta pada Jun 2022, waktu itu kami dah tiada dalam NAFAS. Kejadian itu berlaku zaman PN berkuasa 33 bulan.
Kami yang lawan rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa pula dituduh terlibat dengan skandal baja? Rujuk link dibawah tertera gambar kami yang lapor kepada SPRM pada Feb 2020 membabitkan penyelewengan bernilai beratus juta, hingga NAFAS kerugian pada waktu itu RM50 juta. Baca sini.
Apa kami buat? Kami jemput PriceWater Cooperhouse buat audit forensik semua akaun NAFAS dari tahun 2016 – 2018. Di situ kami temui pelbagai kesalahan membabitkan ratusan juta ringgit.
Ia membabitkan pembelian bangunan penjabat NAFAS berpuluh juta, pembelian baja dari Vietnam berpuluh juta, pembelian padang sawit di Miri Sarawak bernilai beratus juta, pembelian baja bio berjuta-juta, penyewaan bangunan NAFAS di Bukit Bintang, pembelian bangunan kilang NAFAS Feedmill di Muar dan lain-lain. Baca sini.
Hendak tahu agenda perubahan yang kami buat dalam masa setahun di NAFAS adalah berjaya kumpul tunai lebih RM800 juta dalam tangan, daripada rugi berpuluh juta.
Baca sini.