11 beg tangan mewah, jam tangan milik Vivy Yusof disita SPRM

Selain kontroversi kerugian dihadapi Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet, isu kedua terbesar yang menjadi tumpuan awam adalah koleksi beg tangan mewah milik Vivy Yusof.

Dalam satu operasi penggeledahan yang dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pihak berkuasa telah menyita 11 beg tangan mewah serta seutas jam tangan yang keseluruhannya dianggarkan berjumlah RM200,000.

Penggeladahan itu dilakukan di kediaman milik Vivy dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar yang terletak di Mont Kiara, Kuala Lumpur selepas mereka hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM semalam.

Menurut sumber, sebelum itu pasangan terbabit hadir ke Ibu Pejabat SPRM pada jam 1 tengah hari untuk menyambung memberi keterangan sebelum dibawa ke kediaman mereka pada jam 5.30 petang tadi.

“Pengeledahan berakhir sekitar pukul 8 malam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan pembongkaran terbabit dan berkata, kes disiasat di mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Katanya, pasangan terbabit akan hadir lagi ke Ibu Pejabat SPRM hari ini pada jam 10 pagi untuk sambung memberi keterangan.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menggeledah kediaman pasangan suami isteri pengasas platform e-dagang, FashionValet, Datin Vivy Yusof dan Datuk Fadzaruddin Shah Anuar di Mont Kiara, Kuala Lumpur.

“Dalam serbuan ini, selain dihadiri 12 pegawai SPRM, ia turut disertai peguam pasangan berkenaan.

“Penggeledahan berakhir sekitar jam 8 malam dan antara barangan yang disita termasuklah 11 beg tangan dan seutas jam tangan berjenama mewah dengan anggaran keseluruhan kira-kira RM200,000,” katanya

Siasatan membabitkan pasangan terbabit susulan laporan kerugian pelaburan dana Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) dalam FashionValet berjumlah RM43.9 juta.

Vivy dan Fadzaruddin antara sembilan individu yang dirakam percakapan susulan pegawai penyiasat menyerbu empat lokasi termasuk sebuah kementerian, kelmarin.

BACA JUGA Ini faktor mengapa BNM masih kekalkan OPR 3 peratus selepas lebih setahun