Presiden China diundang hadiri Sidang Kemuncak ASEAN 2025
Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengundang Presiden China Xi Jinping untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN dan Sidang Kemuncak ASEAN-Majlis Kerjasama Teluk (GCC) Campur China pada tahun depan.
“Saya berharap beliau datang kerana dia menganggap Malaysia sebagai kawan yang hebat.
“Jadi, saya rasa pemimpin seperti Presiden Xi Jinping perlu mempertimbangkan komitmennya juga secara domestik dan antarabangsa,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika sidang media hari ini sempena lawatan kerja beliau ke China.
Dalam masa sama, beliau mengulas mengenai hubungan Malaysia dan China.
Menurutnya, Malaysia tidak menyebelahi mana-mana pihak termasuk dalam urusan hubungan kepimpinan serta pelaburan dan perdagangan.
Selain urusan perdagangan, Perdana Menteri berkata, China mempunyai pendirian yang lebih dekat dengan Malaysia berbanding kebanyakan negara lain termasuk situasi di Gaza.
“Kita ambil sikap yang sederhana. Maknanya pertengahan, ada hubungan dengan baik.
“Negara China itu sambutan sangat akrab dan dianggap kita ini sebagai kawan.
“Jadi, banyak-banyak hal seperti BRICS, kerjasama dua hala, MoU (Memorandum Persefahaman) perdagangan itu diberikan perhatian.
“Banyak orang mengatakan kita ini memihak tetapi tidak, banyak-banyak isu yang kita bincang kerana soal Gaza, pendirian China lebih dekat dengan kita berbanding kebanyakan negara lain,” kata Anwar lagi.
BACA JUGA Kemenangan Donald Trump: PM Anwar ulang pendirian mengenai Gaza
Â