Anwar tak dapat jumpa Presiden China, dakwa Papagomo selepas pernah rayu bayar RM100 sebulan
Papagomo mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak dapat berjumpa Presiden China walaupun jelas video Perdana Menteri berjabat tangan dengan Xi Jinping di Dewan Besar Rakyat, Beijing.
Pemilik nama sebenar Wan Muhammad Azri Wan Deris itu bahkan secara mengejek berkata, Perdana Menteri juga tidak bertemu dengan menteri di republik tersebut.

“Malah, lebih teruk dari tu, sidang media di China pun yang cover hanya dua media dari Malaysia RTM dan TV3.
“Tapi percayalah, Anwar akan kata, dia bawa pelaburan biliun biliun untuk yakinkan pentaksub Anwar Ha Ha Ha
“Nak bohong apa lagi Nuar?” tulisnya di platform X.


Dakwaan Papagomo itu jelas fitnah apabila Xi Jinping sendiri menzahirkan rasa puas hati ketika bertemu Anwar sambil menekankan hubungan yang semakin erat antara China dan Malaysia.
“Saya sangat gembira bertemu Perdana Menteri sekali lagi,” kata Xi Jinping di
Dewan Besar Rakyat, Beijing sambil mengakui ulang tahun bersejarah hubungan diplomatik China-Malaysia selama 50 tahun.

Pada 2014, Papagomo pernah cuba memohon untuk membayar RM100 sebulan kepada Anwar selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM800,000 terhadap Anwar yang ketika itu ketua pembangkang.
Akhir tahun lalu pula, Papagomo yang difahamkan bekas anggota polis yang telah dibuang kerja kerana kesalahan rasuah telah disiasat kerana memfitnah Perdana Menteri menghidap AIDS.
BACA JUGA Anak muda mesti bangkit elak ditimbus tiga ‘penjajah’ ini