Berapa jumlah konsert artis luar negara tahun depan?

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyatakan sejumlah 200 konsert bakal berlangsung pada tahun 2025. Dari jumlah tersebut 21 melibatkan artis luar negara.

“Sehingga 31 Oktober 2024, berdasarkan rekod pra permohonan penganjuran konsert yang dikemukakan oleh pihak penganjur, sebanyak 21 konsert melibatkan artis luar negara bakal diadakan pada tahun 2025,” kata Fahmi dalam jawapan bertulis kepada Chong Zhemin (PH-Kampar).

“Jumlah ini akan bertambah kerana syarat permohonan adalah 14 hari sebelum konsert diadakan.

Chong bertanya berkenaan jumlah konsert dan limpahan ekonomi yang dijangkan akan dibawa oleh konsert-konsert tersebut.

“Penganjuran 21 konsert ini dijangka melibatkan 160,500 penonton yang akan memberikan limpahan ekonomi sebanyak RM80.25 juta melibatkan pelbagai sektor seperti perhotelan, sewaan, pengangkutan dan makanan.”

Â