SPRM diharap siasat betul-betul ‘peleburan’ Fashion Valet

Oleh LIYANA MARZUKI

Hantaran dan komen ini (imej bawah) dibuat tahun 2020. Ini ketika kerajaan mahu melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan syaratkan syarikat bayar juga gaji kepada pekerja, sekurang-kurangnya sebulan gaji.

Di samping itu, kerajaan setuju memberi wang ihsan membantu B40 zaman susah zaman PKP. Maka, gempar gempitalah beberapa pempengaruh.

Ia termasuk Aleeya Zailan dan Vivy Yusof. Kata ini polisi yang tidak membantu dan menyusahkan usahawan.

Aleeya Zailan siap perli B40. Katanya, “the poor will become richer during Covid-19”. Siap perli dapat duit nanti pun B40 akan beli TV dan iPhone baru.

Tahap itu dia pandang rakyat berlainan darjat. Walhal, Ketika itu ada yang nak makan sehari sekali pun tak dapat.

Vivy siap saman netizen yang mengata dia. Dia kata dia tak hina pun B40. Dia cuma mempersoalkan kewajaran polisi kerajaan menambah beban ke atas usahawan dan akan menyukarkan usahawan pada masa depan.

Little that we know back then, as early as 2018, Vivy telah menerima geran kerajaan RM47 juta untuk Fashion Valet.

Selepas itu, Fashion Valet milik Vivy beli jenama Duck (30 Maple) juga milik Vivy dengan RM95 juta lagi. Itu datanglah tujuh PKP sekali pun pasti boleh hidup lagi. Saya rasa faceplam saja.

Maknanya, masa komen tone deaf ini ditulis, dia sedang enak dapat bantuan dan dana kerajaan. Namun, memekak tentang polisi kerajaan bantu mereka yang susah.

Saya sokong SPRM siasat betul-betul apa terjadi kepada pelaburan ini. Tiada kompromi juga kepada pegawai-pegawai syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan “introducer” yang membantu. Kalau ada kes, dakwa semua sekali.

Kalau boleh sekali dengan pengarah syarikat yang suruh netizen get a life. Itu pun bongkak yakmat.

BACA JUGA Main belasah makan tak kira kedai, premis ‘no pork no lard’ pun masuk