KPDN buat sitaan bernilai hampir RM4,000 dan kompaun bernilai RM7,100

Pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Deepavali oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup sejak 28 Oktober hingga 3 November menyaksikan 66 kes difailkan dan melibatkan sitaan RM3,870.50 dan jumlah kompaun sebanyak RM7,100.

Sitaan dan kompaun hasil daripada pemeriksaan bahagian penguatkuasa.

Kompaun dikenakan atas dua kesalahan:- kegagalan penggunaan tanda harga khas merah jambu (65 kes) dan jualan melebihi harga maksimum (1 kes), kata ketua pengarah penguatkuasaan kementerian tersebut, Datuk Azman Adam dalam satu kenyataan.

“KPDN juga tidak menerima sebarang aduan semasa pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan Deepavali 2024,” tambah beliau.

BACA JUGA: Maaf cakap, buat Datuk Bandar Kuala Lumpur Dr Maimunah….

Â