Pegawai perubatan, pergigian, farmasi lantikan kontrak KKM kini jadi lantikan tetap
Sejumlah 3,950 pegawai perubatan, pergigian dan farmasi lantikan kontrak di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah dilantik secara tetap oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) pada 21 Oktober 2024.
Dari angka di atas 3,200 merupakan pegawai perubatan manakala 350 ialah pegawai pergigian dan baki 400 ialah pegawai farmasi.
Status kerja kontrak merupakan salah satu isu terbesar dalam sektor kesihatan awam yang turut menjejaskan perkhidmatan kesihatan.
Menurut Kementerian Kesihatan calon-calon yang ingin membuat rayuan pertukaran penempatan perlu berbuat demikian menerusi Google Form dalam system e-Placement mulai 5 hingga 11 November untuk pegawai perubatan. Pegawai pergigian dan pegawai farmasi boleh membuat rayuan menggunakan boring sama sehingga 15 November.
Keputusan rayuan akan dimaklumkan kepada calon menerusi portal Semakan Kerjaya KKM pada 2 Disember.
Rayuan yang akan dipertimbangkan termasuklah calon mengikuti pengajian kepakaran yang diluluskan oleh KKM; Calon, pasangan atau anak menghidap masalah kesihatan serius dan permohonan suka sama suka.
Penempatan calon akan dilaksanakan oleh Jabatan Kesihatan Negeri mulai 23 Disember.
Tarikh pelantikan tetap adalah tarikh kuatkuasa lapor diri tugas pada 30 Disember 2024.
Tarikh baru akan diberi kepada calon yang memohon penangguhan lapor diri bertugas.
Â