Risiko bahaya di tempat kerja di Malaysia terendah di Asia Tenggara
Malaysia mempunyai kadar risiko bahaya di tempat kerja yang terendah di rantau Asia Tenggara, menurut tinjauan kajian oleh Yayasan Daftar Lloyd’s yang menjalankan tinjauan berkenaan risiko kerja seluruh dunia.
Kadar bahaya di tempat kerja di Malaysia hanyalah tujuh peratus berbanding kadar purata dunia 18 peratus.
Kadar tujuh peratus dicapai untuk tempoh dua tahun iaitu 2022 dan 2023.
Pada tahun 2021 kadar untuk Malaysia lebih tinggi iaitu sembilan peratus.
Filipina mencatatkan peratus tertinggi dalam kalangan negara Asia Tenggara pada kadar 34 peratus. Indonesia merekodkan 19 peratus dan Vietnam mencatatkan kadar 16 peratus.
Kadar risiko bahaya di Thailand ialah 12 peratus manakala Singapura dan Myanmar mencatatkan 10 peratus.
Laos pula mempunyai risiko bahaya di tempat kerja sebanyak 8 peratus.
Tiada statistik untuk Brunei dan Timor-Leste.
BACA JUGA: Ramai penganggur sekarang? Ini jawapannya
Â