Malaysia sedia bantu mangsa di Lubnan yang terkesan akibat serangan pengganas Israel

Perdana Menteri memberitahu Malaysia bersedia menyalurkan bantuan kewangan kepada Lubnan dalam usaha membantu mangsa terkesan akibat serangan pengganas Israel.

Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu sendiri kepada rakan sejawatnya dari Lubnan, Najib Mikati, dalam pertemuan di Riyadh, Arab Saudi sebelum Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab-Islam.

“Dalam pertemuan ini saya nyatakan sokongan berterusan Malaysia terhadap Lubnan yang kini berdepan kegilaan rejim Zionis Israel.

“Malaysia juga terkesan secara langsung dengan ketegangan di Lubnan susulan insiden serangan Israel.

“Serangan itu turut mengakibatkan enam anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNIFIL) tercedera,” kata Perdana Menteri menerusi kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau menghadiri Sidang Kemuncak Arab-Islam di Riyadh, Arab Saudi dan dijangkakan membawa usul menghentikan kekejaman Israel terhadap Palestin dan menyampaikan suara serta harapan negara di pentas antarabangsa.

BACA JUGA Trend aib donut susu ‘berayaq’ rupanya dah mula jadi ikutan budak

Â