Masalah penggunaan kad pengenalan untuk terima subsidi RON 95 antara persoalan dalam MQT

Waktu pertanyaan Menteri (MQT) menyaksikan Menteri Ekonomi menjawab persoalan Suhaizan Kaiat (PH-Pulai) berkenaan mekanisme penggunaan kad pengenalan untuk pengesahan kelayakan penerimaan subsidi RON95.

Ini kerana kad pengenalan terdedah kepada masalah kerosakan cip kad pengenalan, capaian internet perlahan luar bandar, penipuan kelayakan, tambahan kos system pengesahan dan melambatkan proses pembelian.

Shaharizukirnain Abdul Kadir (PN-Setiu) pula membangkitkan isu kesan projek ECRL terhadap biodiversiti di kawasan hutan simpan hingga berlaku konflik antara hidupan liar dan manusia. Beliau turut bertanya mengenai langkah membantu penduduk yang terkesan dengan ancaman hidupan liar.

Rodziah Ismail pula meminta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkenaan hala tuju dan pelan tindakan program Pemulihan Dalam Komuniti.

Sesi jawab lisan pula bermula dengan Teresa Kok (PH-Seputeh) bertanya berkenaan kos operasi Lembaga Kelayakan Profesion Undang-Undang lima tahun kebelakangan ini.

Islahuddin Abas (PN-Mersing) bertanya berkenaan langkah pencegahan ekoran penutupan toga sekolah yang kepada pencemaran bau kimia di Johor.. Turut dibangkitkan ialah tindakan pemantauan yang dijalankan.

V Sivakumar (PH-Batu Gajah) pula bertanya mengenai pelantikan OKU ke dalam perkhidmatan mengikut kategori ketidakupayaan bagi 2023 dan 2024.

Turut ditanya perbandingan dengan jumlah permohonan dan alngkah menangani ketidakseimbangan ersebut.

BACA JUGA: Penyasaran subsidi petrol RON95 untuk 85 peratus rakyat

Â