Pelajar Melayu Bumiputera majoriti berhutang dengan PTPTN
Majoriti peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) yang belum melunaskan hutang mereka terdiri daripada pelajar Melayu Bumiputera.
“Sebanyak 2,842,682 pinjaman atau 71.9% adalah kaum bumiputera manakala 1,108,722 atau 28.1% pinjaman adalah bukan bumiputera,” dedah Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat.
“Sehingga 31 Disember 2023, PTPTN telah meluluskan 3,951,404 pinjaman dengan jumlah keseluruhan dikeluarkan sebanyak RM71.3 bilion.”
Daripada jumlah tersebut, sebanyak 2,716,110 pinjaman telah patut mula dibayar balik dengan amaun patut bayar balik keseluruhan berjumlah RM32.29 bilion.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Pang Hok Liong (PH-Labis) yang bertanya berkenaan hutang keseluruhan pelajar di bawah PTPTN setakat 2023 dan jumlah keseluruhan peminjam Melayu, Cina dan India dan peratusan peminjam mengikut kaum yang berhutang setakat tahun 2023.
BACA JUGA: Cerita PTPTN dan 1MDB yang pembangkang wajib tahu