Dah kerap fitnah PMX, bekas polis dipecat ini ingatkan pasal malapetaka dahsyat pula
Dikenali kerap memaki dan memfitnah Perdana Menteri, Papagomo tampil mengingatkan orang ramai untuk bersedia dengan malapetaka dahsyat dalam “minggu-minggu mendatang ini”.
Menerusi TikTok bekas polis dipecat itu, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris berkata, berkemungkinan malapetaka yang dahsyat “akan membawa bencana dan huru-hara ke dalam negara.”
“Ini kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Mahathir tiga hari sebelum pilihan raya 2022.
“Begitu juga dengan arwah Pak Su Mid (iaitu) kawan Tun Dr Mahathir yang ada menyampaikan kepada anak muridnya bahawa apabila Anwar Ibrahim naik jadi Perdana Menteri, akan berlaku perkara yang dahsyat yang akan membawa kepada bencana yang akan mencetuskan huru-hara,” ulanginya lagi.
Pernah didakwa mengeluarkan kenyataan menghasut apabila mengaitkan kerajaan sebagai pro-Israel serta membayangkan Perdana Menteri menghidap AIDS, Papagomo meneruskan peringatannya dengan mengulang nama Mahathir.
“Jadi, kepada semua saya nak ingatkan, sekarang ini kita sedang berhadapan dengan satu musim monsun yang mana akan turun hujan yang lebat dan rIbut di sebelah Pantai Timur.
“Dalam masa sama juga, sudah banyak keluar dalam laporan media tempatan akan berlakunya banjir kilat di Lembah Klang khususnya Kuala Lumpur.
“Tidak cukup dengan itu, kita juga ada laporan berkenaan dengan empangan yang sudah berusia hampir 100 tahun yang berisikp untuk pecah.
“Tidak cukup itu ada juga laporan bahawa Malaysia tidak terkecuali daripada gempa bumi dan paling mengejutkan ada laporan mengatakan Kuala Lumpur juga sudah termasuk dalam lingkaran gempa bumi.
“Saya ingatkan kepada semua untuk kita membuat persediaan. Saya pun tak tahu apa yang berlaku tapi dengan keadaan geopolitik dunia hari ini yang mana kita melihat dengan perubahan iklim dan Tun Mahathir pun bercakap perkara yang sama, jadi kita tahu akan ada berkemungkinan musibah banjir dalam negara ini kepada kita, maka buatlah persediaan untuk menghadapi segala kemungkinan yang akan berlaku,” tambah Papagomo lagi.
BACA JUGA Inisiatif pengurangan garam, ini jumlah biaya dapat dijimatkan
Â