Tak sangka perangai pelajar IPTA ini, rupanya dah tiga tahun jual adegan ‘panas’
Mengejutkan apabila seorang pelajar lelaki Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) rupanya sudah tiga tahun menjual kandungan melibatkan video lucah adegan sendiri di aplikasi X.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menerusi kenyataan berkata, pihaknya telah merakam percakapan pelajar terbabit dan mendapati, suspek memuat naik semula kandungan lucah sedia ada untuk dikongsikan kepada pengguna X.
“Modus operandi suspek kemudiannya berubah kepada memuat naik dan menjual video lucah adegan sendiri bersama wanita yang dikenali, sehingga memperoleh lebih 100,000 pengikut di platform X.
“Suspek menjadikan penjualan video lucah sebagai sumber pendapatan dan hasil pendapatan bulanannya mencecah sehingga RM3,000 dengan anggaran harga sehingga RM150 bagi setiap satu video,” menurut kenyataan itu.
Menurut MCMC, kegiatan tidak bermoral suspek berjaya dibongkar selepas pemantauan dan risikan yang dijalankan oleh pihaknya berdasarkan aduan awam.
“Hasil daripada operasi pemeriksaan di sebuah premis di Shah Alam, pasukan penguatkuasaan MCMC telah bertindak menyita satu unit telefon bimbit serta kad sim dipercayai milik suspek untuk memuat naik kandungan tersebut bagi membantu siasatan.
“Turut diambil keterangan adalah rakan suspek, seorang wanita yang merupakan pelajar Institut Pengajian Awam Swasta (IPTS),” katanya.
Jelas MCMC, tindakan menjual video lucah oleh suspek adalah merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 233(2) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998).
BACA JUGA Bekas YDP Yadim tak gentar dikecam lepas tegur isu mimpi jumpa Rasulullah
Â