Hadi patut berehat dah, pengikut je dok angkut sana-sini

Bekas Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Datuk Mohd Nakhaie Ahmad berpendapat Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang seharusnya sudah berehat daripada karier politik.

Bagaimanapun, bekas pemimpin Pas itu berkata, malangnya tiada sesiapa yang berani menasihatkan Abdul Hadi supaya berehat.

“Hadi patut berehat dah, tapi pengikut dia angkat dia ke tahap dewa.

“Siapa pun tak berani nasihat supaya berehat,” katanya menerusi perkongsian di akaun Facebook rasminya.

Nakhaie turut menyentuh mengenai mimpi seorang pemimpin politik yang menceritakan bagaimana Nabi Muhammad SAW meminta beliau mendamaikan antara Sunni dan Syiah.

“Main dengan mimpi boleh satukan Sunni Syiah, ana (saya) takut hasilnya sesat,” katanya yang meninggalkan Pas pada 1989.

BACA JUGA Kelantan tidak patuhi ketetapan Majlis Tanah Negara, bila jadi bencana alam…

Â