Patutlah penjawat awam Selangor tersenyum lebar

Penjawat awam dalam kerajaan negeri Selangor nampaknya tersenyum lebar apabila bakal menerima Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak dua bulan gaji.

Berita menggembirakan itu diumum Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menerusi Belanjawan Selangor 2025 hari ini.

Pemberian itu bagi menghargai komitmen dan fokus telah disumbangkan penjawat awam bagi memastikan negeri ini terus berdaya saing.

Amirudin berkata, ini juga adalah tambahan daripada BKK sebanyak satu setengah bulan yang telah diterima sebelum ini.

“Suka saya ingin mengumumkan BKK yang akan dilaksanakan pada tahun ini adalah tambahan lagi dua bulan kepada seluruh penjawat awam negeri Selangor.

“Ini meliputi pelbagai syarat-syarat telah kita tetapkan dengan satu bulan akan dibayar pada 31 Disember depan dan sebulan lagi akan dilunaskan pada 25 Mac tahun depan sempena menyambut Aidilfitri dan persiapan hari raya,” katanya hari ini.

BACA JUGA Berapa jumlah pelaburan baharu dari TikTok, Google?