Anwar: Kenali potensi kerjasama bukan tradisional, APEC digesa

Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) perlu mengiktiraf potensi kerjasama bukan tradisional seperti Kesatuan Afrika Latin Amerika dan BRICS, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau memberitahu forum serantau 21 anggota tersebut bahawa kerjasama dengan Asean, Kesatuan Afrika dan rangkaian digital rentas sempadan yang boleh memperkukuhkan daya tahan global.

“Meskipun kita hidup dalam era ketidaktentuan geopolitik, waktunya sesuai untuk APEC dan BRICS untuk menggunakan kekuatan bersama untuk membentuk struktur kuasa ekonomi.

“Lagipun, kerjasama sebegini boleh meningkatkan kerjasama digital yang mencerminkan nilai kita – ke arah mewujudkan pilihan ke arah pembangunan model tradisi,” kata beliau dalam ucapnnya di Sesi Dialog Informal Pemimpin APEC bersama Tamu.

Anwar menambah kerjasama APEC-BRICS mempunyai peluang untuk memberikan wawasan kebersamaan demi pemabngunan ekonomi yang memperkukuhkan masyarakat di segenap benua.

“Jumlah penduduk kita bukan statistik semata-mata. Mereka nadi jantung masyarakat kita.

Setiap anak tanpa peluang pembelajaran digital, setiap usahawan yang dikekang cabaran kewangan dan setiap keluarga yang diancam kerosakan alam sekitar ialah satu pelung untuk kestabilan dan perkembangan yang terlepas,” kata beliau.

Justeru itu, kata Anwar, APEC perly menjalinkan sumber dan kepakaran ke rantau lain yang mempunyai cita-cita yang sama.

“Bayangkan usahasama bersama di mana APEC bersama Kerjasama Pasifik demi pertanian pintar yang membawa ketahanan iklim kepada para petani di akar umbi.

“Atau kerjasama dalam platform seperti OECD untuk melancarkan program kerjasama untuk kebersamaan digital mampu bukan hanya merapatkan kesenjangan digital tetapi turut mewujudkan peluang baik dalam masyarakat luar dan pusat bandar.”

Kerjasama lintas rantau sebegini akan membolehkan ekonomi APEC memperoleh kekuatan penuh demi inovasi bersama dan membesarkan sokongna untuk mereka yang memerlukan.

Malaysia merupakan ahli APEC yang baru-baru ini diterima masuk ke dalam BRICS.

Â