Institusi antarabangsa yakin dengan potensi ekonomi Malaysia

Keyakinan institusi antarabangsa terhadap prospek ekonomi Malaysia menyebabkan mereka meningkatkan unjuran pertumbuhan negara kita.

Menurut Menteri Pelaburan, Perdangangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz ia membuktikan kerajaan berada di landasan tepat untuk mencapai unjuran sasaran.

“Sebelum ini Bank Dunia meningkatkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia kepada 4.9 peratus bagi 2024 daripada unjuran asal 4.3 peratus pada April lalu, dan sekarang ini Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pula menaikkan unjuran ekonomi negara kepada 4.8 peratus daripada unjuran asal 4.4 peratus.

“Jadi kita di landasan yang tepat dan InsyaAllah MITI akan terus berusaha untuk meningkatkan perdagangan dengan menarik pelaburan berkualiti bagi memastikan rakyat Malaysia menikmati lebih banyak peluang pekerjaan yang bergaji tinggi,” katanya menerusi satu hantaran video di platform X beliau hari ini.

Bank Negara berkata ekonomi Malaysia telah berkembang 5.3 peritus dalam suku ketiga tahun ini yang didorong pelaburan dan peningkatan eksport berterusan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebelum ini berkata Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 2024 diunjur lebih kukuh antara 4.8 dan 5.3 peratus berbanding antara 4.0 dan 5.0 peratus pada 2023.

Â