Kartel baja: Siasatan SPRM lengkap tak lama lagi
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjangkakan siasatan kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi sebuah pertubuhan di bawah kawalan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan akan dilengkapkan dalam tempoh tiga minggu lagi.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata kes itu masih dalam siasatan dan pegawai penyiasat sedang menyiapkan kertas siasatan.
“Saya tidak pasti setakat ini berapa ramai sudah dirakam percakapan, tetapi siasatan sedang berjalan.
“Kita jangkakan dalam tempoh tiga minggu lagi siasatan akan dilengkapkan,” katanya.
SPRM telah membongkar kewujudan kartel dalam pengagihan dan perbekalan kontrak baja padi di NAFAS yang dianggarkan bernilai RM60 juta.
Â