PM Anwar yakin masih terdapat potensi perniagaan di Brazil

Datuk Seri Anwar Ibrahim berpendapat masih terdapat potensi untuk peluang perniagaan terus berkembang di negara seperti Brazil walaupun Malaysia dikenali sebagai hab semikonduktor dan tenaga boleh diperbaharui serta diantara negara yang merekodkan kepesatan pembangunan dalam industri Pusat Data dan Kecerdasan Buatan (AI).

Perdana Menteri berkata kerajaan akan sentiasa bergerak aktif menarik pelaburan berkualiti termasuk memperkasa strategi perdagangan Global South dengan negara seperti Brazil.

“Banyak syarikat Brazil juga menyatakan minat untuk terus meneroka peluang pelaburan di Malaysia mengambil kira dasar yang jelas seperti digariskan di bawah Ekonomi MADANI,” katanya menerusi platform X beliau.

Sehubungan itu, Anwar menyatakan adalah penting supaya industri dan ekosistem perniagaan dalam negara terus diperkasa supaya fokus utama dari sudut ekonomi dan pembangunan akan dapat dicapai.

Beliau mengetuai misi pelaburan dan perdagangan Malaysia dalam sesi meja bulat bersama 27 syarikat termasuk persatuan perniagaan Brazil.

Kesemua syarikat dan persatuan perniagaan terbabit terdiri daripada pelbagai sektor antaranya semikonduktor, aeroangkasa, produk petro kimia dan pemprosesan makanan di Brazil.

BACA JUGA ‘Bukan tak boleh duduk sekali’, ramai sejuk hati lihat gambar ini

Â