KPDN akan terus memperkasa peranan Gerakan Pengguna Siswa (GPS) dianggotai mahasiswa Institut Pengajian Tinggi (IPT) sebagai usaha meningkatkan advokasikepenggunaan dalam masyarakat – Armizan

Majlis Perasmian Perdana Gerakan Pengguna Siswa (GPS) Peringkat Kebangsaan oleh YB Datuk Armizan Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup di UTM Hotel & Residence, Kuala Lumpur. 19hb November 2024 (Selasa) Foto: UKK KPDN

KPDN turut menggariskan GPS sebagai salah satu rakan strategik dalam mengerakkan inisiatif Gerakan Membanteras Manipulasi dan Ketirisan (KITA GEMPUR)

GPS berupaya menjadi wahana untuk menggerakkan
partisipasi golongan mahasiswa dalam gerakan ini sekali gus memacu partisipasi awam yang merupakan salah satu komponen utama pelaksanaan melalui kerjasama strategi antara Kerajaan (K), Industri (I), Tatakelola (T)
dan Awam (A)

Memperkukuh peranan GPS
sebagai salah satu pemegang taruh dalam menggerakkan salah satu kefungsian utama KPDN iaitu agenda menangani isu kos sara hidup

Kerajaan Madani telah meningkatkan peruntukan bagi pelaksanaan inisiatif-inisiatif di bawah Payung Rahmah daripada RM200 juta kepada RM300 juta dalam Belanjawan 2025, iaitu penambahan sebanyak RM100 juta berbanding tahun 2024

KPDN sedang dalam proses memperkemas dan menambah baik inisiatif-inisiatif yang digariskan khususnya Program Jualan Rahmah Madani (PJRM)

1hb Januari hingga 18hb November 2024, sebanyak 9,786 program PJRM telah dilaksanakan di seluruh negara yang telah merekodkan seramai 9,306,217 pengunjung

Â