YB Pas mahu hanya murid perempuan belum baligh buat persembahan tapi kedai ‘air buoh’ masih jadi rebutan
Seorang pemimpin Pas Terengganu mahu kerajaan negeri hanya membenarkan murid perempuan sekolah rendah yang belum baligh membuat persembahan termasuk tarian di khalayak.
Walau bagaimanapun, rata-rata secara sinis mengingatkan bahawa sebuah kedai ‘air buoh’ masih jadi perhatian dan rebutan golongan lelaki terutamanya apabila bertandang ke negeri itu.
Dalam sesi perbahasan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu hari ini, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ladang, Zuraida Md Noor, berkata gesaannya itu bertujuan memantapkan lagi pelaksanaan Garis Panduan Hiburan, Persembahan Kebudayaan, Pelancongan dan Sukan.
“Sebagai contoh, sebelum ini, kita membenarkan anak-anak gadis kita di sekolah rendah untuk melakukan persembahan tarian dan sebagainya di hadapan awam.
“Namun, adalah lebih molek kiranya kita mendefinisikan anak gadis itu kepada kategori baligh dan belum baligh.
“Ertinya, hanya anak-anak yang masih belum baligh dibenarkan membuat persembahan sebagai penambahbaikan garis panduan supaya negeri kita ini sentiasa berada dalam rahmat Allah SWT,” kata Zuraida.
Gesaan pemimpin Pas itu berlaku selepas sejak beberapa tahun lalu heboh diperkatakan mengenai pelayan sebuah kedai air buah di Terengganu yang selamba berpakaian ketat.
Kedai itu muncul sohor di media sosial apabila menjadi tumpuan rombongan kumpulan bermotosikal.
Malah, semakan di TikTok pelayan kedai buah itu mendapati banyak video yang dikongsikan peniaga terbabit menampakkannya berpenampilan seksi.
Mempunyai hampir 83,000 pengikut, pelayan berkenaan yang menayangkan ‘aset’ di dada itu berkongsikan klip video dengan ada antaranya tertera kapsyen ‘double meaning’.
BACA JUGA Penangan donut susu, sanggup gadai nyawa sorong anak beratur ketika hujan ribut
Â