Amaran angin kencang, laut bergelora, paras air laut naik di Pantai Timur
Angin kencang timur laut berkelajuan 40 hingga 50 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Pahang, Terengganu dan Kelantan sehingga 24 November ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengingatkan bahawa keadaan angin kencang dan laut bergelora adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut.
Dalam masa sama, MetMalaysia menjangkakan berlakunya kenaikan paras air laut di kawasan perairan Terengganu dan Kelantan sehingga 24 November ini.
Menerusi kenyataan dikeluarkan, kenaikan paras air laut itu berisiko kepada limpahan air laut di pesisir pantai.
Selain itu, angin kencang timur laut berkelajuan 50 hingga 60 kmsj dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter dijangka di kawasan perairan Condore, Reef North sehingga 26 November ini.
“Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri,” menurut MetMalaysia.
BACA JUGA Ada AJP Nafas kaut hingga RM400,000, petani dapat apa?
Â