Bapa lima anak dihukum sebat di masjid 6 Disember depan, rupanya dah kali ketiga…

Bapa lima anak menjadi lelaki pertama dijatuhi hukuman enam sebatan depan khalayak ramai di sebuah masjid di Terengganu pada 6 Disember ini atas kesalahan khalwat berulang.

Hakim Kanan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu, Kamalruazmi Ismail memutuskan hukuman itu selepas tertuduh, Mohd Affendi Awang, 42, mengaku salah atas dakwaan melakukan khalwat kali ketiga.

Mahkamah pada Rabu memerintahkan hukuman sebatan dilaksanakan di Masjid Al-Muktafi Billah Shah di Kuala Terengganu pada 6 Disember depan selepas solat Jumaat sebaik tamat tempoh rayuan.

Tukang rumah berkenaan didakwa mengikut Seksyen 31 (a) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Takzir) (Terengganu) Pindaan 2022 kerana berkhalwat.

Tertuduh turut dikenakan denda RM4,000 atau enam bulan penjara jika gagal melangsaikan denda berkenaan.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang juga duda didakwa melakukan khalwat bersama seorang wanita yang berusia 52 tahun.

Kejadian terkutuk itu berlaku di sebuah rumah di Kemaman pada jam 1.40 pagi pada 16 Jun lalu.

Hukuman sebat dikenakan ke atas tertuduh memandangkan ia adalah kesalahan ketiga tertuduh.

BACA JUGA ‘Tak goyang ke berdiri dekat bendera China?’, warganet tempelak Wan Fayhsal

Â