Kes rasuah ADUN Sabah: Bekas CEO mana SPRM panggil?

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sabah Mineral Management Sdn Bhd (SMM), Jontih Enggihon susulan laporan salah laku terhadapnya.

Pengarah SPRM Sabah, Datuk S Karunanithy mengesahkan perkara itu kepada media, namun enggan mengulas lanjut berhubung siasatan SPRM.

Lapor BH, Jontih dipanggil untuk memberi keterangan di ibu pejabat SPRM Sabah, di Kota Kinabalu, petang semalam dan disambung lagi pada pagi tadi.

Jontih disoal siasat selama hampir tujuh jam atas dakwaan bersekongkol dengan pemberi maklumat yang mencemarkan kerajaan negeri dengan beberapa siri video yang mendakwa skandal rasuah.

Semalam, CEO SMM yang baharu, Natasha Sim berkata, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah itu mengambil tindakan undang-undang berikutan penemuan salah laku membabitkan Jontih.

Menerusi satu kenyataan, Natasha memberitahu siasatan dalaman syarikat mengesan pelanggaran tugas fidusiari dan dakwaan aktiviti penipuan dilakukan Jontih.

Selain itu, turut berlaku penyampaian maklumat yang salah kepada lembaga pengarah SMM sepanjang mengetuai syarikat tersebut.

BACA JUGA ‘Yang 32-0 tu tunggu duit masuk dari Persekutuan saja’

Â