Makin banyak negara mula undang Malaysia, apa sebabnya?
Malaysia terus diperhatikan negara-negara antarabangsa, hasil daripada pendirian diplomatik Malaysia yang terbuka tetapi tegas.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia kini diberi pertimbangan dan perhatian yang baik, dengan banyak negara mula mengundang Malaysia untuk meningkatkan lagi hubungan dua hala.
Menurutnya penyertaan Malaysia dalam pelbagai persidangan dan lawatan rasmi memberi petunjuk baik apabila suara dan pandangan Malaysia terus dihargai.
“Malaysia diberi pertimbangan dan perhatian yang baik. Sama ada persidangan di Riyadh, lawatan di Kaherah, kemudian di Peru, dan kini di G20 Brazil.
“Saya lihat memang suara kita serta pandangan kita dihargai.
“Banyak negara yang meminta hubungan kita ditingkatkan dan mengundang kita ke negara mereka,” katanya dalam sidang media bersama media Malaysia ketika lawatan kerja ke Brazil, menurut Astro Awani.
Beliau turut mendedahkan bahawa beberapa pemimpin dunia, termasuk Presiden Emmanuel Macron dari Perancis dan Presiden Cyril Ramaphosa dari Afrika Selatan, telah menyatakan hasrat untuk melawat Malaysia pada awal tahun depan
Malaysia mengutamakan ASEAN centrality dan hubungan terbuka dengan semua negara sambil kekal tegas dalam mempertahankan prinsip serta kepentingan nasional.
“Pendirian kita jelas – berdagang dan berkawan dengan semua, tetapi ada pendirian yang tegas yang kita tidak tolak ansur,” tambah beliau.
BACA JUGA Restoran roti pau babi rupanya yang Mahathir ‘lawat’, tak pasal-pasal kena kecam