Bersih bagi gred D? Bersahaja Anwar balas “tak apalah, tak mustahil esok dapat A”
Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak melatah walaupun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) memberi gred ‘D’ kepada Kerajaan Perpaduan pimpinannya.
Perdana Menteri itu tidak terkesan, sebaliknya mengambil sikap positif dengan mengatakan tidak mustahil dalam tempoh beberapa tahun lagi penilaian itu boleh naik kepada gred ‘A’.
Ini kerana katanya, kerajaan baru berusia 2 tahun dan ia masih boleh diperbaiki.
“Soal Bersih bagi (gred D) tak apalah, kali ini dia bagi ‘D’ bukan ‘F’…
“Tapi masa UPSR ini mungkin dapat ‘D’, mudah-mudahan besok naik ‘A’, ia kita kerajaan baru sangat,” katanya di Dewan Rakyat.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan tambahan Awang Hashim (PN-Pendang) yang meminta perdana menteri memberi penjelasan susulan pengiktirafan gred ‘D’ oleh Bersih sedangkan kepimpinan Anwar diiktiraf di persada dunia.
BACA JUGA Lepas 3 bulan menang, Azmawi Fikri angkat sumpah ADUN Nenggiri