Buat betul-betul, kalau tak saya akan minta pecah balik nanti

Dr Hafidzah Mustakim berharap projek baik pulih Pasar Siti Khadijah termasuk tandas di pusat perniagaan ikonik di Kota Bharu itu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Lama berkenaan berkata, proses baik pulih demi keselesaan pengguna dan peniaga itu dapat dipercepatkan dengan sokongan peruntukan daripada kerajaan pusat.

“Alhamdulillah, saya ingin berkongsi kemajuan terbaru yang sedang giat dijalankan khususnya dalam usaha kita meningkatkan infrastruktur awam.

“Sebagai pusat ekonomi penting di Kota Lama, pasar ini menjadi tarikan utama bukan sahaja bagi penduduk tempatan tetapi juga pelancong,” katanya meninjau status projek itu.

Menerusi klip video dikongsikan di TikTok beliau, pemimpin AMANAH berkenaan menegaskan kepada pihak kontraktor terbabit mengenai tuntutan Perdana Menteri untuk memastikan projek baik pulih Pasar Siti Khadijah itu siap dengan sempurna.

Menurutnya, usaha baik pulih itu selaras dengan Teras Sosioekonomi dalam Pelan Transformasi Kota Lama yang menekankan kitaran ekonomi yang mampan selain memberi manfaat dari segi keselesaan.

“Projek ini adalah sebahagian daripada langkah strategik untuk meningkatkan kemudahan awam, seterusnya menjadikan Kota Bharu destinasi yang lebih menarik kepada pelancong serta menggalakkan aktiviti ekonomi yang bermanfaat kepada rakyat.

“Melalui projek-projek seumpama ini, Pelan Transformasi Kota Lama akan terus menyasarkan ke arah mencapai tiga matlamat utama iaitu meningkatkan taraf sosioekonomi, mencipta persekitaran yang kondusif dan berdaya saing serta mengukuhkan kesejahteraan social,” jelasnya.

Beliau menambah setiap peningkatan, walaupun kecil, adalah langkah penting untuk mengangkat semula Kota Bharu sebagai pusat ekonomi dan pelancongan yang gemilang.

“Saya percaya dengan pembangunan ini, kita bersama-sama akan menyaksikan peningkatan yang signifikan dalam ekonomi tempatan.

“Impaknya bukan sekadar memulihkan imej Kota Bharu tetapi juga membawa limpahan ekonomi kepada rakyat tempatan, sekaligus memberikan kesejahteraan kepada semua lapisan masyarakat.

“Harapan saya, dengan usaha berterusan serta sokongan daripada semua pihak, kita dapat menyaksikan Kota Lama sebagai kawasan yang bahagia, berdaya saing, dan diberkati,” kata Dr Hafidzah.

Sehubungan itu, beliau berharap usaha-usaha baik pulih itu akan mengembalikan kegemilangan Kota Bharu sebagai pusat ekonomi yang dinamik dan harmoni.

“Sokongan berterusan dari rakyat dan semua pihak amat kami hargai dalam menjayakan transformasi ini demi masa depan Kota Bharu yang lebih gemilang,” tambah Dr Hafidzah lagi.

@drhafidzahmustakim

14 Nov 2024 | Tinjauan Perkembangan Projek Baik Pulih Pasar Siti Khadijah Alhamdulillah, saya ingin berkongsi kemajuan terbaru yang sedang giat dijalankan khususnya dalam usaha kita meningkatkan infrastruktur awam. Salah satu projek utama yang sedang dilaksanakan adalah baik pulih tandas di Pasar Siti Khadijah. Sebagai pusat ekonomi penting di Kota Lama, pasar ini menjadi tarikan utama bukan sahaja bagi penduduk tempatan tetapi juga pelancong. Dengan sokongan peruntukan daripada kerajaan pusat, kami dapat mempercepatkan proses baik pulih ini, memberikan keselesaan kepada pengguna dan peniaga. Selain memberi manfaat dari segi keselesaan, usaha ini selaras dengan Teras Sosioekonomi dalam Pelan Transformasi Kota Lama yang menekankan kitaran ekonomi yang mampan. Projek ini adalah sebahagian daripada langkah strategik untuk meningkatkan kemudahan awam, seterusnya menjadikan Kota Bharu destinasi yang lebih menarik kepada pelancong serta menggalakkan aktiviti ekonomi yang bermanfaat kepada rakyat. Melalui projek-projek seumpama ini, Pelan Transformasi Kota Lama akan terus menyasarkan ke arah mencapai tiga matlamat utama: 1. Meningkatkan taraf sosioekonomi, 2. Mencipta persekitaran yang kondusif dan berdaya saing, serta 3. Mengukuhkan kesejahteraan sosial. Setiap peningkatan, walaupun kecil, adalah langkah penting untuk mengangkat semula Kota Bharu sebagai pusat ekonomi dan pelancongan yang gemilang. Saya percaya dengan pembangunan ini, kita bersama-sama akan menyaksikan peningkatan yang signifikan dalam ekonomi tempatan. Impaknya bukan sekadar memulihkan imej Kota Bharu tetapi juga membawa limpahan ekonomi kepada rakyat tempatan, sekaligus memberikan kesejahteraan kepada semua lapisan masyarakat. Harapan saya, dengan usaha berterusan serta sokongan daripada semua pihak, kita dapat menyaksikan Kota Lama sebagai kawasan yang bahagia, berdaya saing, dan diberkati. Semoga langkah ini akan mengembalikan kegemilangan Kota Bharu sebagai pusat ekonomi yang dinamik dan harmoni. Sokongan berterusan dari rakyat dan semua pihak amat kami hargai dalam menjayakan transformasi ini demi masa depan Kota Bharu yang lebih gemilang. #DrHafidzahKotaLama #KitaBinaBersama

♬ original sound – Dr Hafidzah – Dr Hafidzah

BACA JUGA Amaran banjir di Hulu Terengganu hingga 12 tengah malam esok

Â