Peruntukan kesemua geran RM373,000, dengan Bantuan Rumah Perlindungan sebanyak RM73,000, dan Program Lestari dan Sinergi masing-masing RM150,000 – YB Anfaal
FOTO BERITA: Majlis Serahan Geran Kebajikan Negeri Selangor bersama YB Anfaal Saari EXCO Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Ekonomi Penjagaan di Foyer SUK Selangor. 21hb November 2024 (Khamis)
Bantuan Rumah Perlindungan Wanita merupakan bantuan yang disalurkan melalui agensi Wanita Berdaya Selangor, untuk diberikan kepada rumah-rumah perlindungan wanita dan kanak-kanak mangsa keganasan domestik dan keganasan berasaskan gender
Geran ditawarkan kepada rumah-rumah perlindungan untuk membantu mereka dari segi fasiliti dan operasi, agar mereka dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik terhadap mangsa-mangsa ini.
Program Sinergi Kebajikan menawarkan geran untuk persatuan mahupun badan bukan kerajaan untuk menjalankan projek ataupun program kebajikan secara usahasama dengan kerajaan Negeri.
Program Pusat Kebajikan Lestari inisiatif yang bertujuan memberdaya pusat-pusat kebajikan berdaftar dan beroperasi di Negeri Selangor dengan memberikan dana untuk pembelian peralatan perubatan dan kesihatan