Saya membuktikan walaupun berhadapan dengan persaingan global yang sangat kompetitif, anak tempatan berpotensi untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dengan usaha gigih dan ketekunan dalam pelaburan saham – Dato’ Dr. Nazri Khan
FOTO BERITA: Majlis Penyampaian Malaysia Book of Records & Sidang Media oleh Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK), Pengurus Dana Bertauliah, anak Malaysia pertama dinobatkan sebagai Juara Trader Dunia 2024 & diiktiraf sebagai “Most World Cup Trading Championship Won In A Year 2024” oleh The Malaysia Book of Records di Juara Trader Dunia Hall, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur. 20hb November 2024 (Rabu)
Hanya satu harapan, kejayaan ini dapat menjadi pembakar semangat kepada semua pihak terutamanya golongan muda di Malaysia untuk menceburi bidang pedagangan saham khususnya dengan lebih serius dan melihatnya sebagai jalan menuju kecemerlangan – Dato’ Dr Nazri Khan (DDNK)
Upacara memotong riben sempena perasmian Dewan Juara Trader Dunia Hall
Saya akan berkongsi kejayaan ini dengan rakyat Malaysia tidak lama lagi. Saya ingin melihat lebih ramai rakyat Malaysia menjadi juara khususnya pedagangan pasaran saham demi meningkat tahap kewangan setiap isi rumah.
Sepanjang pembabitan DDNK dalam dunia pelaburan saham, beliau telah melahirkan hampir 300,000 peserta pelaburan saham yang turut merangkumi penyertaan dalam program Menang Saham. Mereka yang hadir dari pelbagai latar belakang termasuk mereka yang tidak mempunyai asas dalam dunia pelaburan. Menariknya, 80% daripada peserta adalah ‘newbie’.
Berfokuskan kepada pasaran global, Menang Saham 2.0 akan memperkenalkan pelabur, pedagang kepada saham-saham gergasi dunia, membimbing rakyat Malaysia dari Semenanjung hingga Sabah dan Sarawak dengan ilmu pasaran yang baharu.
Menang Saham 2.0 bukan sekadar satu kemunculan semula, ia adalah gerakan untuk memperkasakan setiap rakyat Malaysia, daripada yang baru bermula hingga trader berpengalaman, untuk berjaya dalam pasaran global menggunakan teknik yang telah menjadikan saya juara dunia”.