Jualan di Malaysia bagus, industri automatif Indo minta kerajaan mereka belajar dengan Malaysia
Jualan kenderaan di Indonesia dilaporkan merosot danĀ industri automatif di negara itu dijangka berdepan cabaran besar sehingga tahun hadapan jika tiada jalan penyelesaian dilakukan.
Dalam usaha mencari jalan keluar, penggiat industri automotif di Indonesia menggesa kerajaan mereka mempelajari kejayaan Malaysia dalam merangsang jualan pasaran kereta melalui insentif cukai.
Setiausaha Umum Gabungan Industri Kenderaan Bermotor Indonesia (Gaikindo), Kukuh Kumara berkata, dengan sasaran jualan tahunan yang dikurangkan kepada 850,000 unit, dia bimbang Malaysia bakal mendahului Indonesia sebagai pasaran automotif terbesar di ASEAN.
Katanya Malaysia telah menunjukkan bagaimana insentif cukai dapat memberi kesan besar pada jualan kereta domestik.
“Pasaran roda empat di Malaysia berkembang drastik berkat insentif cukai tersebut. Bahkan, penjualan mobil di negeri jiran (Malaysia) mencapai level tertinggi setahun terakhir,” kata Kukuh menurut laporan Detik.
Dengan pemberian diskaun 100% untuk kereta keluaran tempatan dan 50% untuk model import semasa pandemik COVID-19, Malaysia berjaya melonjakkan jualan kereta hingga ke tahap tertinggi dalam sejarah.
āInsentif itu masih diteruskan hingga kini. Hasilnya, pasaran automotif mereka hampir mencapai angka 800,000 unit setahun. Ini sangat mengejutkan,ā kata beliau lagi seperti dilapor.
Beliau berkata, pihak industri sepakat bahawa insentif seperti Malaysia perlu diberikan kerana ia memberi impak besar kepada penjualan kenderaan di Indonesia.
“Jadi kami sepakat stimulus harus diberikan, kerana ini juga akan memberikan impak kepada penjualan. (Kita) saat ini bisa belajar dari Malaysia yang situasi ekonomi mencabar, tetapi muncul sebagai kekuatan baru di ASEAN,” tambahnya.
Insentif PPnBM (Pajak Penjualan atas Barang Mewah) pernah diterapkan di Indonesia semasa pandemik, dan kesannya cukup positif.
Namun, dasar ini dihentikan setelah keadaan kembali normal.
Kukuh menegaskan, insentif ini perlu dihidupkan semula untuk menggalakkan kembali pasaran automotif yang lesu kerana jika tidak, kemungkinan besar Malaysia mengalahkan Indonesia dari segi jualan kenderaaan.
“Ini menjadi kebimbangan kita sendiri, di mana saat ini Indonesia sedang mengalami pergolakan kerana target tahunan diturunkan menjadi 850,000 unit. Malaysia masih akan terus naik, jadi mereka berpotensi untuk nombor 1 di ASEAN,” kata dia.
BACA JUGA Lain macam tengok Ustaz Kazim ikut trend āold moneyā
Ā