Laporan awal Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-undang Islam keluar bila?

Laporan awal Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri Untuk Menggubal Undang-undang Islam dijangka siap dalam bulan ini.

“Jawatankuasa khas dalam peringkat akhir penyediaan laporan dan merumus semua cadangan serta pengesyoran sebelum dibentangkan kepada Mesyuarat MKI dan MRR untuk perkenan dan seterusnya dibentangkan dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

“Laporan tersebut dijangka siap pada November 2024 tahun ini,” kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Na’im Mokhtar.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Datuk Idris Ahmad (PN-Bagan Serai) yang bertanya berkenaan laporan awal hasil kajian yang dilakukan oleh jawatankuasa tersebut.

Jawatankuasa peringkat tertinggi ini dibentuk rentetan saman oleh dua peguam terhadap keupayan kerajaan negeri Kelantan untuk menggubal undang-undang Islam.

Ia bertanggungjawab mengkaji pertindihan bidang kuasa undang-undang negeri dan persekutuan.

Â