Mursyidul Am Pas kata Pas lebih layak ketuai PN berbanding Bersatu
Pemimpin Pas percaya mereka lebih layak memimpin Perikatan Nasional (PN) berbanding Bersatu yang kini ramai pemimpinnya berdepan kes mahkamah.
Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin berkata, Pas layak memimpin kerana wakil rakyatnya paling ramai di Parlimen dan mempunyai jentera akar umbi yang kuat di seluruh negara.
“Terbukti banyak kepincangan di dalam Bersatu dan mereka perlu insaf mengenai hakikat dan kedudukan tersebut.
“Meskipun Pas hanya timbalan di dalam PN namun rekod kita di dalam Parlimen juga saya lihat lebih ke depan selain kerja-kerja masyarakat dan dalam apa-apa jua berlaku,” katanya memetik Utusan Malaysia.
Mursyidul Am Pas itu menolak kenyataan Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu bahawa Tan Sri Mahiaddin Md Yassin adalah calon Perdana Menteri tunggal dalam gabungan PN.
Kata beliau, Bersatu tidak boleh membelakangi Pas dalam menentukan jawatan penting itu melainkan ia keputusan yang dipersetujui secara bersama.
Pas memiliki jumlah kerusi Parlimen terbesar dalam PN iaitu 43, lebih 18 berbanding sekutunya Bersatu.
BACA JUGA Warkah terbuka buat Abang Hanipa Maidin