Beras tempatan campur beras import sebenarnya dah lama dibuat
OLEH AHMAD MURSI
Praktis campur beras oleh kilang ni dah wujud lama sangat dah. Formula campuran (blending) itu yang bezakan satu jenama dengan yang lain selain teknik lain.
Hasil campuran itu, ada rasa unik setiap jenama, tekstur seimbang, kos lebih rendah, beras lebih segar.
Semua beras import itu dari sumber yang sama iaitu BERNAS sebagai pengimport tunggal.
Isu timbul bila BERNAS terpaksa naikkan harga di pintu gudang dari RM2,350 per tan metrik ke RM3,200.
Puncanya kerana kos naik mendadak bila Thailand dan India ban eksport beras, selain sebab covid dan perang dan lain-lain
Dulu harga beras import-tempatan tak jauh beza pun, kini dah jadi lebih mahal. Beras tempatan yang dulu tak laku, terus jadi tumpuan sebab lebih murah.
Hal campur beras ni, tiada undang-undang jelas melarang. Sebab tu susah nak dakwa dan dikuatkuasa apatah lagi praktis tu dah lama dibuat. Yang dikawal hanya pelabelan.
Bila kerajaan kata nak kuatkuasa larangan campur beras baru ni apa berlaku?
Kilang mula beli padi dengan harga murah. Dari RM1,800 jadi RM1,400 per tan metrik supaya boleh jual harga RM26.
Petani mula bising. Ramailah Ahli Parlimen hipokrit tiba-tiba jadi jaguh suarakan nasib petani di Parlimen. Walhal, jika lindungi pengguna sahaja, boleh jejaskan petani.
Margin dah makin nipis. Kena bahagi untung dengan pesawah, pengilang, pemborong, peruncit dalam rantaian tu sebelum sampai kepada pengguna.
Tahun 2006, harga belian padi RM750 per tan metrik untuk jual RM26. selepas 18 tahun, kilang kena beli RM1,400 untuk jual RM26 juga. Yang sebenar kena beli RM1,200 baru lepas.
Jadi kita kena pilih, nak jaga pengguna sahaja ke, atau nak bunuh industri ini dan bunuh minat pesawah dan bahayakan food security negara atau imbangkan kedua-duanya.
Takkanlah kos petani, pengilang, pemborong dan peruncit tak naik sejak 18 tahun lepas? kos racun, jentera, pekerja, operasi kilang, transport dan lain-lain.
Eloklah diapungkan harga beras dan buat satu gred sahaja, tapi bantu B40 dengan tambah bantuan tunai STR.
Ramai pelabur baru minat nak masuk industri ni, tapi buat apa masuk dalam industri yang terlalu dikawal dan rugi? Ini membunuh daya saing industri ni.
Thailand yang jadi pengeksport beras pun tak kawal harga jualan beras cuma ada cara sendiri untuk stabilkan harga.
Dulu beras siam sekitar RM28-RM32, sekarang dah sekitar RM38-RM45. Dari dulu, ramai walaun pakai beras seludup ni.
BACA JUGA Dua tahun Kerajaan MADANI: Ini 11 perubahan besar Mat Sabu buat, nombor empat paling berjaya
Â