M Nasir dianugerah ijazah kehormat bawa gelaran doktor
Penyanyi dan maestro muzik tersohor, Datuk M Nasir melakar sejarah dalam industri seni apabila dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persembahan yang membawa gelaran doktor.
M Nasir atau nama sebenar, Mohd Nasir Mohamed, 67, menerima anugerah itu daripada Raja Permaisuri Perak yang juga Canselor UPSI, Tuanku Zara Salim.
Ia diberikan ketika Majlis Istiadat Konvokesyen Ke-26 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, Perak hari ini.
Penganugerahan kepada M Nasir adalah berdasarkan pengalaman seninya selama empat dekad bermula 1979.
M Nasir telah menjadi pakar rujuk dan penasihat dalam bidang seni persembahan di Fakulti Muzik dan Seni Persembahan UPSI sejak 2021, malah Syarikat Luncai Emas Sdn Bhd menjadi rakan strategik UPSI melalui perjanjian persefahaman sejak dari tahun 2016 sehingga sekarang.
“Sumbangan M Nasir sangat besar dalam mengangkat martabat dunia seni muzik, ianya mencapai tahap berprestij serta signifikan dengan pembangunan pendidikan negara dan pemikiran rakyat menerusi muzik,” kata Naib Canselor UPSI, Profesor Datuk Md Amin Md Taff.
BACA JUGA Hasbie Pengerusi PH Terengganu baharu ganti Raja Kamarul
Â