Nak senang faham PMX pi kerja “tong-tong” dengan syarikat swasta
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil pada semalam telah menjelaskan bahawa lawatan kerja Perdana Menteri ke lima buah negara tidak ditanggung oleh syarikat swasta, sebaliknya dibiaya sendiri oleh kerajaan.
Bagaimanapun masih ramai keliru sehingga ada yang menganggap apa yang diberitahu Fahmi bercanggah dengan apa yang PM katakan.
Atas sebab semakin banyak persoalan dan kekeliruan, individu yang menggunakan nama Muhammad Najib berkongsi penjelasan paling mudah untuk difahami.
Kami kongsikan penjelasan penuh di bawah;
Oleh kerana masih ramai tak faham penerangan YB Menteri dan Jason pun muat naik video tak ada penjelasan terperinci, meh sini saya terangkan.
PMX pergi Mesir, Arab Saudi, Peru dan Brazil dengan sewa pesawat MAS, Airbus A350.
Kos sewa – RM6.162 juta
A350 ini kapasitinya besar. Jadi apa kerajaan buat ialah berkongsi dengan pihak swasta untuk naik pesawat ini sama-sama dan bayar sewa ikut pax.
Untuk kerajaan, bayar 27 peratus atau RM1.662 juta.
Untuk swasta, bayar baki 73 peratus atau RM4.5 juta.
Sekiranya tak guna kaedah di atas, pilihan kerajaan yang ada ialah guna pesawat milik kerajaan, iaitu Airbus ACJ320.
Kalau naik ACJ320, kos mencecah RM2.5 juta. Tapi pesawat ini kecil dan tak boleh nak berkongsi naik sama-sama dengan delegasi swasta.
Jadi dengan guna kaedah perkongsian pesawat tadi, kerajaan berjaya jimat hampir RM1 juta (berbanding guna ACJ320).
Gambar di bawah ini pesawat MAS A350 yang PMX guna, dan pesawat ACJ320 yang Najib Razak selalu guna dulu untuk pergi merata dunia.
Untuk mengingat lupa, Najib Razak dulu terkenal sebagai pengguna tegar ACJ320 (dan ACJ319) sampai 181 kali, jauh mengatasi Yang di-Pertuan Agong masa tu yang sempat naik 81 kali sahaja.
Kos keseluruhan untuk 6 bulan sahaja mencecah RM40 juta untuk guna pesawat ni.
Sebab tu PMX pilih cara lain dengan berkongsi kapal terbang bersama delegasi swasta.
“Kita tong-tong”
Habis tu PMX tak guna pesawat kerajaan? Membazirlah tersadai macam tu je?!”
– Pertikaian Nasional
PMX guna je (rujuk gambar).
Pergi China baru ni pesawat kerajaan. Mungkin delegasi swasta tak ramai, mungkin sebab jarak tak jauh sangat berbanding ke Peru.
Ikut kesesuaian.
BACA JUGA Hasbie Pengerusi PH Terengganu baharu ganti Raja Kamarul
Â