Isu beras putih tempatan: Jawatankuasa khas sedang disusun

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan sedang Menyusun satu jawatankuasa khas bagi mencari penyelesaian kepada isu kekurangan bekalan beras putih tempatan yang berlaku pada masa ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata, kerjasama dengan pelbagai pihak lain sedang dibuat termasuk Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) bagi mengatasi masalah berkenaan.

“Jawatankuasa ini sedang disusun…dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) (Datuk Seri Isham Ishak) juga akan ambil isu ini sebagai isu yang besar bagi mencari jalan (penyelesaian) terbaik,” jelasnya.

Mohamad yang juga Presiden AMANAH berkata demikian selepas merasmikan Konvensyen Negeri Selangor parti itu di Pusat Konvensyen Midlands Seksyen 7 Shah Alam hari ini.

Baru-baru ini, Hassan Abdul Karim (PH-Pasir Gudang) ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan 2025) peringkat jawatankuasa bagi KPKM di Dewan Rakyat membangkitkan isu beras putih tempatan yang didakwa sehingga kini hampir tidak terdapat di pasaran.

BACA JUGA Samsuri, Pas terus kekal dengan politik bebalkan rakyat

Â