Akta Komunikasi dan Multimedia akan dipinda. Kenapa?

Pindaan ke atas Akta Komunikasi dan Multimedia akan dipinda pada bulan hadapan supaya penyedia media sosial mendedahkan data pengguna berdasarkan permintaan polis.

Ini adalah di antara pendekatan yang diambil untuk mengatasi masalah pengguna akaun media palsu.

“Di bawah pindaan Akta 588, salah satu kuasa yang kami cadangkan adalah kita nak perkenalkan satu seksyen baru untuk mengukuhkan kuasa penguatkuasaan sedia ada.

“Untuk benarkan pegawai polis atau pegawai diberi kuasa untuk kehendaki mana-mana orang mengawal sistem komunikasi untuk menzahirkan data tersebut melalui kaedah yang dinyatakan.

“Jadi kita percaya bahawa dengan seksyen tersebut, kalau diluluskan Dewan rakyat, kita berkuasa, PDRM berkuasa untuk minta penyedia platform itu untuk menzahirkan data-data pengguna akaun tersebut.

“Harap dari sana boleh permudahkan lagi siasatan oleh pihak PDRM,” katanya.

Teo berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar).

Afnan bertanya tentang kadah cadangan ntuk mengawal penyebaran berita palsu oleh pengguna yang menggunakan akaun media sosial palsu.

Terdahulu Teo turut berkata bahawa pindaan tersebut akan turut dipinda supaya pengguna akaun media sosial palsu dapat dikenalpasti menerusi nombor telefon.

BACA JUGA: ‘Kehilangan sebutir permata yang tidak ternilai’

Â