Perselisihan kepentingan dalam lawatan luar negara? Ini jawapan PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kewujudan perselisihan kepentingan dengan melibatkan penyertaan syarikat swasta di dalam lawatan beliau ke luar negara.
“Saya ulang, Kerajaan tidak guna dana syarikat swasta. Tiada perselisihan kepentingan. Usah terperangkap dalam fitnah zaman edan,” kata beliau menerusi media sosial.
Ini ekoran dakwaan C4Center bahawa penyertaan syarikat swasta dalam penerbangan tersebut akan menyebabkan mereka meminta balasan.
C4Center membuat dakwaan tersebut susulan pendedahan bahawa kerajaan hanya menggunakan dana RM1.66 juta ringgit untuk lawatan ke empat buah negara.
“Saya tidak guna dana syarikat swasta. Kerajaan guna penerbangan MAS untuk lawatan empat negara dengan kos RM1.6 juta. Ini guna wang kerajaan sepenuhnya.
“Baki tempat duduk ditawarkan kepada syarikat swasta yang sememangnya akan pergi ke negara-negara tersebut untuk tujuan pelaburan atau usaha sama. Syarikat ini bayar kos masing-masing berjumlah RM4.5 juta.
“Jika guna jet Eksekutif Kerajaan, kos perlu ditanggung Kerajaan adalah RM2.5 juta untuk empat negara.
“Namun dengan perkongsian ini, kos untuk Kerajaan hanya RM1.6 juta,” jelas Anwar.
BACA JUGA: Siapa danai kos lawatan kerja Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ke lima buah negara?
Â