Tunggakan RM1 juta, ini rupanya punca barang rumah dan empat kereta Datuk Vida disita
Lantaran gagal melunaskan tunggakan bayaran ubah suai bangunan kilangnya, empat kereta mewah antara barangan milik Datuk Seri Vida disita di rumahnya Meru,Ipoh hari ini.
Dilaporkan, empat kereta yang disita ialah dua buah Vellfire, satu Toyota Grand Hiace dan sebuah BMW X7, selain semua barangan di dalam kediaman usahawan kosmetik tersohor itu.
Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah Ipoh, Anis Hanini Abdullah mengeluarkan perintah penyitaan itu selepas membenarkan permohonan Mohammad Taufik Kamarul daripada Ah Design Communication Sdn Bhd.
Pelaksanaan writ penyitaan dan penjualan dilakukan pada sekitar 9 pagi di kediaman rumah Vida atau Hasmiza Othman, 53, di Ipoh.
Usahawan selebriti itu dilaporkan gagal menjelaskan bayaran baki tunggakan kepada sebuah syarikat kontraktor pembinaan, Ah Design Communication sebanyak RM1,060,285 pada 2018.
Memetik Kosmo! peguam, Samir Zainal berkata, pihaknya melakukan sitaan selepas mendapat perintah penyitaan dan penjualan daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Beliau berkata, pihaknya mendapat kerjasama daripada kakitangan Vida sepanjang proses sitaan di rumah penaja utama untuk beberapa musim program Gegar Vaganza itu.
BACA JUGA Ini sebabnya Belanjawan 2025 mampu melonjak ekonomi negeri kedua terkecil di Malaysia
Â