Empat inisiatif perangi masalah beban berganda malpemakanan
Dalam usaha memerangi masalah beban berganda pemakanan dalam kalangan kanak-kanak, pengerusi jawatankuasa khas memerangi masalah beban berganda malpemakanan dalam kalangan kanak-kanak Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan status pelaksanaan empat inisiatif dalam Pelan Strategik Kebangsaan Memerangi Masalah Beban Berganda Malpemakanan (BBM) dalam kalangan kanak-kanak.
Inisiatif 1000 Hari Pertama Kehidupan meyaksikan penyertaan 272 orang pengamal perubatan swasta dari klinik, hospital, makmal, farmasi, komuniti, persatuan dan kumpulan bukan kerajaan telah dilaksanakan pada 6 Ogos 2024.
Program Hidangan Berkhasiat di Sekolah (HiTS) dengan satu menu berkhasiat menyaksikan penyertaan 277 sekolah seluruh negara. Program ini mengembangkan kognitif murid dan mengurangkan berat badan.
Kenaikan duti eksais ke atas minuman bergula tinggi menyebabkan pengambilan minuman manis bergula berkurang kepada 16.4 peritus dalam kalangan remaja. Kenaikan duti meningkat Harga sebanyak 2.24%.
Usaha juga dibuat agar waktu operasi restoran makanan 24 jam hanya beroperasi hingga 12 tengah malam.
Dalam pada itu jawatankuasa tersbut turut mempertimbangkan satu kertas kerja bertajuk Cakna Status Pertumbuhan Kanak-kanak: Komitmen Merentasi Agensi bagi memerangi masalah beban berganda malpemakanan.
Dua kertas makluman juga telah dibentangkan iaitu Keberkesanan Pelaksanaan Program Rancangan Makanan Tambahan (RMT) dan Promosi Program Pemakanan di Sekolah.
Â