Air Sungai Golok naik paling laju
Kenaikan air Sungai Golok paling laju setakat ini dalam keadaan Kelantan berdepan monsun banjir.
“Pagar dekat kebun nak tenggelam dah…. Gambar sebelum dan selepas… 12 jam air naik sangat laju…. Kebun ambo betul-betul tepi Sungai Golok.
“Sejarah air naik paling laju setakat ambo dop di Lalang Pepuyu. Hati-hati penduduk di sekitar Sg.Golok terutama di Rantau Panjang – Pengkalan Kubur.
“Air di Bukit Bala, Waeng pun besar. Sg. Satan pun banjir. Semua air ni akan turun melalui Sg. Golok,” kata Asran Alias menerusi Facebook.
Lapan daerah dilanda banjir di Kelantan iaitu Bachok, Jeli, Pasir Puteh, Pasir Mas, Kuala Krai, Machang, Tanah Merah dan Kota Bharu.
Dalam masa sama, lima sungai di Kelantan melepasi paras bahaya dengan trend menaik pagi ini ekoran hujan lebat berterusan sejak semalam.
Jumlah mangsa terus meningkat kepada 2,684 orang membabitkan 816 keluarga di Kelantan.
BACA JUGA: Banjir di Kelantan makin buruk, 2,623 mangsa di 46 PPS, 5 sungai lepasi paras bahaya
Â