Tular banjir deras nyaris hanyutkan dua mangsa, penduduk dinasihat jangan pertaruh nyawa
Tular satu rakaman video memaparkan usaha menyelamatkan dua mangsa banjir yang ditolak banjir deras di Dewan Beta, Kota Bharu petang tadi.
Menerusi klip dikongsikan di Facebook Info Banjir Kelantan, dua mangsa terbabit dengan salah seorangnya masih bertopi keledar berjaya diselamatkan.
Kelihatan individu yang menyelamatkan mereka menggunakan tali.
Difahamkan, dua unit motosikal milik mangsa juga berjaya diselamatkan daripada terus dihanyutkan bah deras itu.
Sementara itu, sebuah kereta hanyut dibawa arus deras di Kampung Belukar, Pulai Chondong ketika cuba merentasi banjir.
Rata-rata menasihatkan penduduk terjejas agar tidak mempertaruhkan nyawa meredah banjir yang sedang mengalir deras.
Banjir di Kelantan semakin memburuk dengan 25,001 mangsa dipindahkan ke 141 pusat permindahan sementara (PPS) setakat jam 11 malam tadi.
Lebih membimbangkan penduduk apabila paras air Sungai Golok di Rantau Panjang dilapor melepasi bacaan paras sungai itu semasa bah kuning yang melanda seluruh Kelantan pada 2014 iaitu 10.52m.
BACA JUGA ‘Habaq awai’ kalau nak sertai usrah PN, kata MP Pas
Â