Lapan inisiatif KKM kurangkan kesesakan di hospital awam

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyenaraikan lapan inisiatif yang sedang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) bagi memantapkan penyampaian perkhidmatan perubatan dengan sasaran untuk mengurangkan masa menunggu dan kesesakan di hospital-hospital kerajaan.

Inisiatif-inisiatif tersebut ialah Inisiatif Hospital Kluster serta pelaksanaan Bed Management Unit (BMU) secara digital dan berpusat.

Beliau berkata, KKM juga mengaplikasikan Inisiatif Lean Healthcare, melaksanakan Projek Short Stay Unit (SSU) dan memperluaskan perkhidmatan rawatan harian ke hospital-hospital di seluruh negara.

Bagi tujuan sama juga, KKM turut melaksanakan pembedahan elektif, Program Global Surgery serta penyumberluaran (outsourcing).

Dr Dzulkefly berkata demikian ketika Sesi Pertanyaan Jawab Lisan, di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan daripada Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi (PN-Kuala Langat) yang bertanyakan langkah menguruskan peningkatan kesesakan hospital awam akibat rakyat tidak mampu membayar amaun pembayaran bersama seperti dikehendaki oleh syarikat insurans.

BACA JUGA Beri keutamaan tertinggi kepada mangsa banjir enam negeri – PM

Â