Malaysia berdepan risiko sekatan perdagangan?

Risiko sekatan perdagangan ke atas Malaysia oleh Amerika Syarikat ekoran kelantangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mempertahankan hak rakyat Palestin menjadi persoalan utama yang dibangkitkan oleh RSN Rayer (Jelutong-PH) dalam sesi pertanyaan Perdana Menteri.

Datuk Seri Ikmal Hisham Abdul Aziz pula bertanya Anwar berkenaan kontrak sewaan pesawat helicopter ATM yang dilaksanakan secara pajakan dan bukannya secara tender terbuka antarabangsa atau secara kerajaan kepada kerajaan.

Anwar hanya menjawab dua soalan dalam sesi ini.

Dalam sesi jawab lisan pula, Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) menyoal berkenaan Langkah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dengan kerjasama pihak berkuaa tempatan (PBT) untuk mengatasi banjir kilat yang semakin kerap di kawasan bandar dan penyelenggaraan sisten saliran efisien.

Datuk Dr Ahmad Yunu Hairi (PN-Kuala Langat) membangkitkan isu kesesakan hospital awam kerana rakyat tidak mampu membayar pembayaran bersama syarikat insurans kepada Menteri Kesihatan.

Turut dibangkitkan ialah mekanisme kawalan untuk mengekang penyedia penjagaan kesihatan swasta daripada memberi perkhidmatan dan ubatan melebihi keperluan pesakit.

Â