Warganet puji usaha Hannah Yeoh angkat sukan sepak takraw

Sesi Penggulungan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh mencuri tumpuan pengguna media sosial yang tertarik dengan pengumuman menteri bahawa peruntukan RM1 juta telah disalurkan kepada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM).

Mungkin ramai belum tahu tetapi KBS telah memperkenalkan Geran Padanan Sukan berjumlah RM50 juta, di mana RM1 juta diberikan kepada sukan sepak takraw.

Hasilnya, pasukan sepak takraw Malaysia berjaya muncul juara menumbangkan Thailand dalam acara regu dan double dalam Piala Dunia Jun lalu sekali gus menyaksikan peruntukan kewangan membantu dalam meningkatkan kualiti dan pencapaian sukan.

“(Mengenai) kejayaan pasukan sepak takraw Malaysia sebagai juara dalam kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw tahun ini, sebanyak RM1 juta kita peruntukkan bawah geran padanan sukan telah disalurkan kepada PSM,” kata Hannah di Dewan Rakyat.

Di media sosial, pengguna membanjiri Facebook Hannah Yeoh memuji inisiatif kementerian mengangkat sukan sepak takraw.

Mereka mengucapkan terima kasih kerana selama ini sukan tersebut hanya dipandang sepi tanpa peruntukan yang besar.

“Terbaik Sepak Takraw dapat peruntukan daripada Kerajaan Perpaduan MADANI,” kata Ku Feez.

“Terima Kasih YB Hannah Yeoh sokong sukan Sepak Takraw Malaysia yang dulu dipandang sepi oleh kerajaan,” kata Erni.

“Terima Kasih kepada YB Hannah Yeoh kerana memberi peruntukan pembangunan kepada Sepaktakraw Malaysia,” tulis Afrina pula.

“Geran Peruntukan untuk sepak takraw memang satu sokongan moral juga,” kata Qistina pula.

BACA JUGA Beri keutamaan tertinggi kepada mangsa banjir enam negeri – PM

Â