Cuti Jemaah Menteri telah dibekukan?
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan bahawa cuti Jemaah Menteri termasuk timbalan telah dibekukan ekoran bencana banjir yang melanda banyak negeri ketika ini.
Semua Menteri dan timbalan telah diarahkan turun padang ke kawasan bencana banjir.
“Semua menteri diminta teruskan tugas sekarang, turun (ke lapangan).
“Ya (cuti dibekukan),” katanya ketika ditanya sama ada cuti semua anggota Jemaah Menteri dibekukan berikutan bencana banjir.
Beliau berkata demikian selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Pudina Presint 17, Putrajaya.
BACA JUGA: ‘Macam mana boleh datang idea jadikan bencana produk pelancongan?’, DAP selar Pas