Kongres Nasional PKR 2024 ditangguhkan
Kongres Nasional PKR 2024 yang dijadualkan berlangsung pada bulan Disember telah ditangguhkan ekoran bencana banjir yang melanda kebanyakan negeri.
Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil berkata perkara tersebut diputuskan semasa mesyuarat Biro Politik dan Majlis Pimpinan Pusat.
“Menyedari bahawa isu banjir dijangka berterusan, pimpinan telah memutuskan bahawa Kongres Nasional Keadilan 2024 ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumum kemudian.
“Pada masa yang sama, satu Kongres Khas bagi meminda perlembagaan parti akan diadakan secara hybrid pada tarikh yang akan diumum oleh setiausaha agung,” kata Fahmi menerusi satu kenyataan.
Â