Selepas cubaan Shahidan gagal, Azmin pula dakwa pilihan raya mengejut

Selepas ajakan kepada BN oleh Datuk Seri Shahidan Kasim (PN-Arau) dari PAS tidak menjadi kenyataan, setiausaha agung Bersatu yang baharu, Datuk Seri Azmin Ali pula melaungkan bahawa pilihan raya mengejut akan berlaku sebelum tamat penggal pemerintahan Kerajaan Madani.

“Saya percaya dengan tekanan dari rakyat hari ini, yang menyatakan kerajaan Madani sebagai kerajaan yang gagal, Putrajaya tiada pilihan lain selain membubarkan Parlimen.

“Kita bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum,” katanya dalam Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu.

Beliau turut berikrar untuk mengukuhkan parti.

“Saya berikrar bahawa pentadbiran baru ini akan turun padang dan membantu akar umbi di peringkat cawangan dan bahagian untuk mengukuhkan parti menerusi keahlian yang lebih ramai dan cawangan yang lebih banyak.

“Ini agar kita dapat bersedia menghadapi pilihan raya negeri ataupun pilihan raya umum yang akan datang, kerana pilihan raya umum tidak semestinya diadakan tiga tahun dari sekarang,” katanya yang juga Ketua Bersatu Selangor.

BACA JUGA: Bantuan tanaman semula di kawasan KADA selepas banjir

Â